TH sifatkan Bajet 2023 komprehensif untuk Keluarga Malaysia 

0
3

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyambut baik Bajet 2023 dan menyifatkannya belanjawan komprehensif untuk Keluarga Malaysia.  

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, Bajet 2023 yang dibentang Menteri Kewangan, merupakan inisiatif kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi negara pada tahun hadapan.  

“Bajet 2023 bertemakan responsif, bertanggungjawab dan reformis terus memberikan sokongan besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara serta melindungi kebajikan rakyat yang terkesan dengan inflasi dan ekonomi global yang dijangka lemah pada tahun 2023.  

 “Bajet ini merupakan bajet komprehensif bertujuan membantu keluarga Malaysia.  

“Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan terus menyokong usaha kerajaan serta bekerjasama untuk memperkasa daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi sebarang risiko masa hadapan yang tidak menentu,” katanya dalam kenyataan, malam ini.  

Sehubungan itu, Amrin berkata, TH juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar yang dibiayai daripada pendapatan pelaburan, kepada semua bakal jemaah haji Muassasah walaupun kos haji dijangka terus meningkat sekitar RM31 ribu bagi seorang jemaah tahun hadapan berbanding RM28 ribu tahun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here