Mujahid kecewa Malaysia tidak bela etnik Uyghur – Dr Mujahid 

0
2

DATUK Seri Dr Mujahid Yusof kecewa sikap berkecuali Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap penindasan etnik Uyghur.  

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu kesal kerana Malaysia tidak memainkan peranannya untuk membela nasib etnik Uyghur yang ditindas kerajaan China.  

“Malangnya hari ini di PBB Malaysia ambil sikap berkecuali dalam usul untuk membahas Laporan UNCHR tentang isu Uyghur di Xinjiang.  

“Berita sikap Malaysia tersebut dimuatkan dalam Berita UNCHR (United Nation Commision of Human Right) pada 6hb Oktober 2022,” katanya di Facebook, hari ini.  

Naib Presiden parti Amanah itu turut mengimbas beliau dikecam ketika menyampaikan ucapan di China mengenai nasib etnik Uyghur yang dinafikan hak kehidupan mereka oleh negara itu.  

“Ketika saya melawat Xinjiang dan Beijing atas misi kedamaian dan sempat menyampaikan ucapan di Bejing Foreign Studies University serta mengunjungi Menteri Perpaduan Republik Rakyat China (PRC) saya diserang kononnya saya menyokong penindasan etnik Uyghur.  

“Saya hanya menyampaikan mesej kedamaian dan dasar rahmah dalam hubungan antara kaum. Sekurangnya mesej kedamaian Islan dah disampaikan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here