PRU15 : PAS kekal bersama PN – Muhyiddin

0
2

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata yakin PAS akan kekal bersama gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara tersebut diumumkan selepas mesyuarat Majlis Presiden di ibu pejabat gabungan tersebut, hari ini.

“Insya Allah, istiqomah kita kata,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir mesyuarat PN hari ini menyatakan pendirian tetap setiap dengan gabungan itu.

Kata Tuan Ibrahim, PAS tidak membuat sebarang pilihan sama ada bersama Barisan Nasional (BN) atau PN dalam PRU15 kerana parti itu sebahagian daripada gabungan itu.

Beliau berkata, bagaimanapun perbincangan perlu dibuat kerana beberapa kerusi perlu keputusan muafakat untuk mengelakkannya jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH).

Hari ini, Muhyiddin mengadakan mesyuarat dengan pemimpin parti komponen PN untuk membincangkan persiapan menghadapi PRU-15, termasuk persiapan menyediakan manifesto pilihan raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here