KERAJAAN yakin mampu mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 yang ditetapkan pada 5.3 peratus hingga 6.3 peratus.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pasaran buruh serta pasaran modal negara juga kekal memberangsangkan.
“Ingin saya tekankan, tiada satu pun pencapaian ini berlaku secara kebetulan Sejak dua tahun setengah yang lalu, Kerajaan dan #TeamMOF telah memberi tumpuan bukan sahaja untuk resnposnif terhadap keperluan jangka pendek rakyat dan perniagaan.
“… tetapi juga untuk menjadi bertanggungjawab dan reformis dalam membina daya tahan negara,” katanya menerusi Facebook.
Terdahulu, beliau menyampaikan ucapan penutup bagi Forum Khazanah Megatrends 2022 di Putrajaya, hari ini.
Sementara itu, Tengku Zafrul juga meminta orang ramai supaya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti pembentanganBajet 2023, Jumaat ini.
“Jangan lupa untuk menonton pembentangan #Bajet2023 pada 7 Oktober ini bagi mendapatkan kefahaman lebih mendalam mengenai perancangan menyeluruh untuk kesejahteraan,” katanya. – Malaysiapost

