5 jentera USAR untuk STORM

0
2

Ben Ibrahim

PASUKAN Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) akan menerima lima jentera mencari dan menyelamat di bandar (USAR) secara berperingkat bermula tahun depan.

Pengarah (Operasi) Kebombaan dan Penyelamat Bomba Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, jentera USAR bernilai RM7.5 juta itu dapat meningkatkan keberkesanan operasi dilakukan STORM.

“Jentera USAR itu akan dipasang di Malaysia dan kita akan tengok dan buat penilaian terhadap prototaip berkenaan bagi melihat kesesuaian kelengkapan ditawarkan jentera terbabit.

“Setiap unit jentera dilengkapi dengan penggunaan mikro kamera, alat pemotong besar dan alat gerudi yang tidak memerlukan generator untuk dikendalikan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penutupan Kursus Survival STORM Siri 1/2022 di Kuantan, hari ini.

Seramai 47 anggota STORM, termasuk lima wanita menyertai kursus yang bermula 25 September lalu.

Turut hadir Pengarah Bomba Pahang, Datuk Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, Bomba Malaysia mempunyai 459 anggota STORM di seluruh negara dan setiap anggota mempunyai kemahiran menjalankan operasi menyelamat di kawasan bandar.

“Selain itu, pasukan STORM juga terbabit dalam operasi tanah runtuh, menyelamat di bangunan tinggi, mencari dan menyelamat di kawasan yang luas seperti hutan dan gunung serta kemahiran dalam pengendalian operasi jangka panjang seperti kebakaran hutan dan banjir,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here