PM minta henti tembak sesama sendiri, isu sudah selesai, kata sumber

0
4

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta pemimpin dan ahli Umno “berhenti menyerang” sesama sendiri kerana isu pembubaran Parlimen “sudah selesai”.

Bahkan situasi kehadiran Perdana Menteri ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini juga dalam mood yang berbeza.

Menurut pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan,  Perdana Menteri menganggap “perang dingin” dalam Umno telah berakhir.

“Perdana Menteri meminta ahli Dan pemimpin Umno henti menyerang sesama sendiri dan menganggap tiada isu berbangkit lagi.

“Kerana soal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah selesai seperti mana dipersetujui ‘top five’ Umno.

“Suasana berbeza, kesemua pemimpin Umno yang hadir ceria bahkan Perdana Menteri mendapat ‘standing ovation’,” katanya kepada Malaysiapost.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk  menghadiri perjumpaan khas bersama Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Terdahulu, ketibaan Ahmad Zahid disambut meriah ahli Umno sebaik tiba di Dewan Hussein Onn kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Turut kelihatan kelibat beberapa pemimpin Umno antaranya Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Seri Dr Zambry Kadir mengiringi Presiden Umno masuk ke dewan.

Malaysiapost difahamkan juga Umno telah mengarahkan supaya persidangan agung parti itu ditangguhkan selepas PRU-15.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here