PRU tahun ini, Umno yakin Agong beri perkenan

0
2

UMNO yakin Yang di-Pertuan Agong akan memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat, seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU14).

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya juga tidak menetapkan tarikh akhir untuk Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan.

“Itu bukan kuasa parti (menetapkan tarikh akhir kepada Perdana Menteri mengadap Agong). Kita hormati kuasa Perdana Menteri.

“Kuasa itu tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan dan kita yakin Agong akan perkenan mengikut perkiraan terbaik demi kepentingan Malaysia,” katanya.

Ditanya bila beliau mahu Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ahmad Zahid dalam nada bergurau berkata: “Seboleh-bolehnya (mengadap) semalam.”

Mengenai bantahan pelbagai parti politik yang tidak mahu PRU15 diadakan tahun ini dengan alasan banjir, beliau berkata, pihaknya telah meneliti kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Pada 30 September lalu apabila MKT membuat keputusan, maka ia keputusan rasmi Umno iaitu PRU wajib diadakan pada tahun ini.

“Kami sudah teliti pandangan Ketua Pengarah MetMalaysia, Isnya-Allah PRU boleh diadakan sebelum banjir,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here