Pusat Rekreasi Kalang Warisan ditutup

0
3

PUSAT Rekreasi Kalang Warisan, Pulau Manis di Terengganu ditutup sementara waktu bagi mengelakkan aktiviti berkumpul beramai-ramai dan berkelah di tempat awam susulan peningkatan kes Covid-19.

Penutupan bermula hari ini itu dimaklumkan menerusi Facebook Kalang Warisan.

“Kalang Warisan akan ditutup sementara waktu bermula 9 Oktober sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan semula.

“Penutupan ini adalah salah satu perjuangan kita untuk memutuskan rangkaian Covid-19 daripada merebak ke tempat tumpuan ramai.

“Terima kasih atas sokongan semua. Bersama kita perjuangkan dan berdoa agar segalanya kembali reda,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini Pusat Rekreasi Kalang Warisan menjadi tular di media sosial selepas dikunjungi lebih 1,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri setiap hujung minggu sejak dibuka secara rasmi pada awal Ogos lalu. – Malaysiapost