Zul Ariffin didenda RM30,000 muat naik kandungan sumbang

0
2

PELAKON, Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada Mac lalu.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar, lapor Berita Harian.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, pelakon lelaki popular itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira jam 8.10 pagi tadi.

Pelakon berusia 36 tahun itu dilihat tiba di pekarangan mahkamah lengkap bersut kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu yang dipercayai merupakan peguam dan pengurusnya.

Pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here