Harga barang, sayur dijangka naik musim tengkujuh – Guan Eng

0
3

PENGERUSI DAP Lim Guan Eng membidas sikap sambil lewa pihak berwajib untuk menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk kenaikan harga barang ketika musim tengkujuh.

Ahli Parlimen Bagan itu, berkata kebiasaanya kedatangan musim tengkujuh akan menyebabkan kejadian banjir, sekali gus mendorong kenaikan harga barang termasuk sayur.

“Musim tengkujuh yang biasa datang bersama banjir dikhuatiri akan meningkatkan lagi harga barangan di pasaran seperti sayur.

“Sedangkan pihak berwajib masih bersikap sambil lewa,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Guan Eng menyampaikan sumbangan RM100 kepada 53 pelajar kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan St Mark Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

Justeru, Guan Eng mengajak rakyat bersolidariti melawan kenaikan harga barang, selain memberi jaminan akan membawa isu berkenaan pada sidang Parlimen.

“Ini antara inti yang saya akan sampaikan di Parlimen dalam sesi yang bakal bermula semalam,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dilapor berkata, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here