Krisdayanti sedih insiden rusuhan bola sepak

0
3

PENYANYI popular Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kesedihannya berhubung insiden rusuhan pada perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang, yang meragut ratusan nyawa kelmarin.

Krisdayanti, 47, dalam satu hantaran di Instagram berkata, dia turut berduka atas kejadian menimpa peminat bola sepak Indonesia dan mendoakan mereka yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Innalillahiwainnailihirajiun. Dari lubuk hati yang paling dalam, saya turut berduka cita sedalam-dalamnya atas kejadian yang menimpa pencinta sepak bola tanah air di Stadium Kanjuruhan, Malang.

“Semoga 127 korban jiwa yang meninggal mendapatkan tempat terbaik di sisi Allah SWT serta keluarga ditinggalkan diberi ketabahan,” tulisnya.

Media sebelum ini melaporkan 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera dalam insiden membabitkan perlawanan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya.

Dalam insiden itu, penonton merempuh masuk ke dalam padang ketika kekecohan apabila penyokong Arema dan Persebaya bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here