‘Kalau nak gantung, gantung bagi mati’, Tajuddin sindir Umno

0
3
Datuk Seri Tajuddin

AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan keputusan mengantung keahliannya daripada Umno selama enam tahun bukannya ‘hukuman mati’.

Malah, Tajuddin yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno secara sinis mendakwa beliau masih ahli Umno dan penggantungan itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kepadanya, lapor MalaysiaKini.

“Kita masih (ahli) Umno, tiada masalah, itu gantung (keahlian) tu bukan (hukuman) gantung mati, apa masalah.

“Kalau nak gantung… gantung bagi mati, dia ok. Kalau tak mati takut dia hidup balik,” katanya.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang duduk di sebelah Tajuddin, tersenyum mendengar kenyataan berkenaan.

Tajuddin mengeluarkan kenyataan itu apabila beliau diganggu ketika sesi soalan lisan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Tajuddin mengemukakan soalan tambahan mengenai cabaran ekonomi di negara ini, masalah pengeluaran seperti yang dihadapi oleh industri elektrik dan elektronik.

Ketika diganggu oleh seorang Ahli Parlimen, Tajuddin segera meminta supaya pencelah itu bersabar.

“Tunggu la dulu, kita nak pilihan raya umum ni, kempen lah sikit,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Tajuddin yang juga Ketua Bahagian Umno Pasir Salak digantung keahlian selama enam tahun.

Penggantungan Tajuddin dan ketua Umno Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail diumumkan dalam mesyuarat MKT, Jumaat lalu.

Untuk rekod, Tajuddin pernah digantung keahlian pada 1996 berikutan dakwaan membayar RM6 juta untuk mendapatkan jawatan sebagai ketua bahagian Umno. Bagaimanapun, keahliannya dikembalikan tiga tahun kemudian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here