
LEBIH 1,000 penunjuk perasaan ditahan selepas mencetuskan rusuhan ganas di Jakarta kerana berita palsu, lapor CNN Indonesia.
Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan, tunjuk perasaan penolakan Undang-undang Cipta Kerja di kebanyakan wilayah di negara berkenaan disebabkan ada kesalahan maklumat dan berita palsu.
CNN Indonesia melaporkan, beliau sebagai berkata, antara kesalahan maklumat itu berkaitan upah minimum, soal hak cuti dan hak upah hingga pemberhentian kerja oleh perusahaan.
Beliau meminta rakyat yang tidak berpuas hati dengan isi undang-undang itu supaya mengajukannya ke Mahkamah Konstitusi (Perlembagaan). – Malaysiapost
