BEKAS Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan perebakan dan penularan’ wabak Covid-19 dalam komuniti di tahap amat membimbangkan.
Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata ia berikutan 303 kes di negara ini dikesan tiada kaitan dengan mana-mana kluster.
Beliau berkata, kes-kes ‘sporadik’ yang tidak ada kaitan dengan kluster ini sekali gus menunjukkan perebakan virus Covid-19 akan meningkat, jika culas dan cuai mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).
“Jangan lupa Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) telah isyitharkan kita telah berada dalam gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia.
“Amat mustahak untuk sentiasa berjaga-jaga dengan SOP terutama pakai pelitup muka dan penjarakan fizikal serta elakkan 3 S – Sesak, Sempit dan Sembang!.” – Malaysiapost

