Pahang secara rasmi sertai ‘kelab 1 bilion’

0
3

Ben Ibrahim

KERAJAAN Pahang secara rasmi menyertai ‘kelab 1 bilion’ selepas merekodkan kutipan hasil negeri RM1.02 bilion.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap pada majlis konvokesyen Pahang Skills di Kuantan, semalam.

“Pencapaian ini diperoleh ketika kita masih ada baki beberapa bulan lagi sebelum tahun 2022 menutup tirai.

“Dengan jumlah kutipan hasil melebihi sasaran ditetapkan, kerajaan negeri akan memastikan lebih banyak bantuan disalurkan kepada rakyat Pahang.

“Semua bantuan diumumkan sebelum ini akan ditambah baik dan kita akan umumkan pada pembentangan Bajet Pahang 2023 Jumaat ini,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor, Johor dan Pulau Pinang merekodkan pendapatan hasil kerajaan negeri melebihi RM1 bilion.

Wan Rosdy membayangkan antara penambahbaikan insentif itu adalah pembayaran bonus untuk penjawat awam kerajaan negeri.

Katanya, pencapaian membanggakan Kerajaan Pahang itu adalah hasil tadbir urus yang baik serta mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan.

“Semua pencapaian ini dapat menjadi kenyataan hasil kerjasama semua pihak, terutamanya rakan EXCO, ahli dewan undangan negeri (ADUN) daripada Umno dan juga komitmen penjawat awam di Pahang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here