PDRM nafi keluarkan amaran, harga organ manusia  

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran kepada ibu bapa dan penjaga mengenai harga organ manusia di Malaysia seperti mesej yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asisten Komisioner A Skandaguru, berkata mesej bertajuk ‘Amaran kepada semua ibu bapa/penjaga harga organ di Malaysia’ berkenaan dikesan tular dengan menyenaraikan harga jualan bagi organ manusia.

Menurutnya, antara harga organ yang disenaraikan adalah jantung, buah pinggang, mata paru-paru dan hati.

“Mesej itu turut mendakwa kononnya pihak Bukit Aman mengeluarkan amaran kepada ibu bapa agar berhati-hati dengan dua kenderaan berwarna putih yang dikatakan terbabit dalam kegiatan penculikan manusia dan penjualan organ terutamanya kanak-kanak berusia bawah 15 tahun.

“PDRM tidak pernah mengeluarkan amaran sepertimana mesej yang ditularkan. Sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima khususnya membabitkan dua kenderaan seperti dimaksudkan dalam mesej tular terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh serta tidak membuat perkongsian sebarang hantaran atau mesej di media sosial tanpa menyemak kesahihannya.

Terdahulu tular mesej yang menyenaraikan kononnya harga organ manusia di Malaysia iaitu jantung (RM800,000), buah pinggang (RM600,000), mata (RM10,000), paru-paru (RM100,000) dan hati (RM200,000)

Mesej berkenaan turut mendakwa info terkini dari pihak Bukit Aman meminta Ibu bapa berhati-hati ketika keluar rumah kerana ada Proton Wira dan van berwarna putih disyaki terlibat dalam penculikan dan menjual organ manusia terutama kepada kaum wanita. 

Menurut mesej itu lagi, penculik-penculik berkenaan kni sedamg mencari kanak-kanak berumur bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ-orang tersebut. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here