PRU15: Rakyat sedang memerhati Tuanku Agong, kata pemimpin Amanah 

0
3
Logo parti amanah

SEORANG pemimpin Parti Amanah seolah-olah mengingatkan Yang di-Pertuan Agong bahawa rakyat sedang memerhati keputusan yang akan dibuat Seri Paduka Baginda susulan ketetapan Umno untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat. 

Ia berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembah cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. 

“Tuanku Agong akan menerima nasihat dari pemimpin Umno yang tidak ada hati perut supaya parlimen dibubarkan ketika negara berdepan dengan ancaman bencana banjir besar. 

“Rakyat sedang memerhati Tuanku,” tulis Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menerusi ciapan di Twitter hari ini. 

Malam tadi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat ketetapan supaya PRu15 diadakan tahun ini. 

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan mesyuarat MKT adalah berasaskan pendirian konsisten Umno sejak awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19, selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketaan dalaman sesama mereka. 

Terdahulu hari ini, Ismail Sabri meminta semua pihak menunggu tarikh beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen. 

Pada ketika sama, Perdana Menteri mengesahkan PRU15 akan diadakan tahun ini, seperti ketetapan mesyuarat MKT Umno. 

“Tunggu dulu. Tunggulah… kalau dari tahun lepas sudah tunggu, tahun ini boleh tunggu. Semalam dalam kenyataan SUA (Setiausaha Agung Umno), dia kata tahun ini (PRU15,” katanya memetik laporan Berita Harian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here