Umno angkuh, tak peduli amaran MetMalaysia – Syed Saddiq

0
2

TAK serik lagi dan tak belajar dari apa yang berlaku tahun lalu, kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

“Umno tekad nak juga pilihan raya pada musim banjir. MetMalaysia pun dah bagi amaran awal untuk tahun ni.

“Jangan angkuh. Rakyat akan memberi pengajaran kepada kamu semua sekali lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Malam tadi Mesyuarat MKT Umno membuat ketetapan supaya PRu15 diadakan tahun ini.

Setiausaha Agung Umni, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata susulan  itu, Perdana Menteri akan mempersembah cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ahmad, keputusan mesyuarat MKT adalah berasaskan pendirian konsisten Umno sejak awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19, selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketaan dalaman sesama mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here