RUU Sumbangang Politik: Wan Saiful puji peranan GIACC

0
2

DATUK Wan Saiful Wan Jan menyambut baik usaha Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) menyediakan draf Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, RUU itu dapat membanteras penyalahgunaan dana politik yang diterima oleh mana-mana pemimpin parti politik.

“Sejak 2015 saya terlibat dalam proses merangka peraturan pendanaan politik. Dan kelmarin saya melihat buat pertama kali perkara-perkara pokok yang dirangka oleh GIACC.

“Tahniah kepada pasukan di GIACC yang bertungkus lumus merangka undang-undang yang sedang disediakan.

“Tak ada siapa yang tahu jika ada dana yang kononnya dana politik itu sebenarnya digunakan untuk kemewahan peribadi kerana negara kita tidak mempunyai sistem pembiayaan politik yang telus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelaskan mengenainya, Wan Saiful berkata, RUU Sumbangan Politik adalah baik untuk politik negara.

“Penyediaan draf undang-undang sumbangan politik adalah satu perkembangan baik.

“Beberapa kes-kes mahkamah berprofil tinggi melibatkan pemimpin Umno adalah berkaitan dengan wang berbilion ringgit yang didakwa sebagai sumbangan politik.

“Najib Razak dan Zahid Hamidi kedua-duanya mengatakan mereka menerima sumbangan politik untuk Umno. Jumlah yang mereka bukan jumlah yang main-main. Dan mereka berkongsi dana itu dengan kluster mahkamah,” katanya.

Minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, Bacaan Pertama RUU berkenaan dijangka dibuat pada awal November ini, disusuli Bacaan Kedua pada hujung bulan sama. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here