Pembangkang ‘riuh’ bukan takut banjir, tapi takut undi rakyat – Zahida

0
2
zahida zarikh khan

DATUK Zahida Zarik Khan membidas pihak pembangkang yang sengaja memainkan isu Barisan Nasional (BN) mahukan ‘pilihan raya banjir’ sedangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) belum diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Riuh tuduh kita (BN) kononnya mahu adakan PRU15 pada musim banjir. Sedangkan belum ada sebarang pengumuman pun tarikh bubar dan tarikh mengundi daripada SPR,” kata Ketua Puteri Umno itu dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi klip video memaparkan sekumpulan parti pembangkang ‘riuh’ berdemonstrasi jalanan di ibu negara, baru-baru ini.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dmemberi bayangan tahap kesiapsiagaan BN telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU15 sekali pun terpaksa berdepan bencana banjir yang lazimnya berlaku pada penghujung tahun.

Menjelaskan mengenainya, Zahida berkata, pembangkang sengaja memanipulasi kenyataan Ahmad Zahid bagi menutup kelemahan mereka yang takut PRU15 diadakan segera.

“Persoalannya kenapa u all macam ‘gelabah’ sangat ya? Bukan ke perlu kembalikan mandat rakyat untuk pilih kerajaan yang stabil?

“Sudah-sudahlah cuba ‘divert’ yang u all semua takut untuk berhadapan dengan undi rakyat nanti,” katanya.

Pada masa sama, Zahida menegaskan, Umno dan BN sentiasa bersama-sama rakyat yang menjadi mangsa banjir seperti mana yang telah dibuktikan sebelum ini.

“Untuk persoalan di mana Umno BN ketika negara dilanda banjir. Tak perlu susah payah, u all scroll je gambar-gambar di media sosial saya serta pemimpin BN yang lain.

“Soalan itu sebenarnya ibarat bertanya depan cermin,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here