DBKL adakan solat jenazah ghaib ke atas Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

0
2

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan solat jenazah ghaib hari ini ke atas ulama tersohor, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi yang meninggal dunia Isnin lalu.

Solat jenazah ghaib itu berlangsung di Lobi Menara DBKL 1, dan pimpin oleh Ustaz Dr Mohd Fadli Ghani

Turut hadir Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek), Datuk Sr Kamarulzaman Mat Salleh.

“Semoga segala jasa dan ilmu yang dicurahkan oleh Almarhum ke atas dunia Islam secara luasnya mendapat balasan setimpal dari-Nya Insya-Allah,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebook.

Yusuf al-Qaradawi, meninggal dunia pada usia 96 tahun dan berita sedih itu dimaklumkan Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (IUMS), Isnin lalu.

Allahyarham meninggalkan legasi penulisan yang kini menjadi rujukan kepada umat Islam di serata dunia.

“Dunia Islam kehilangan seorang ulama dan guru yang jujur, alim, dihormati lagi disegani,” kata IUMS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here