Bacaan kedua RUU ‘anti-stalking’ dibentang Oktober ini 

0
3
dewan rakyat

BACAAN kedua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap, dikenali ‘anti-stalking law’ dijangka’ dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata RUU itu antara terawal akan dibentang pada sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) yang akan bermula tidak lama lagi. 

“Rang Undang-Undang yang terlibat ialah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2022. 

“Sehubungan itu, takwim baharu bagi sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) bagi Dewan Rakyat adalah pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 (32 hari) dan 21 November hingga 7 Disember 2022 (11 hari) bagi Dewan Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mas Ermieyati berkata, perubahan takwim kali ini bagi membolehkan pembentangan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here