PENDAKWAH bebas, Ebit Lew meneruskan misi dakwah dengan menyantuni penghuni penjara di Jakarta Indonesia termasuk menemui rakyat Malaysia yang ditahan di sana.
Menerusi hantaran Facebooknya, Ebit berkata, dalam lawatan berkenaan beliau berkesempatan memberi tazkirah dan hadiah kepada penghuni penjara tersebut.
“Ziarah penjara di Jakarta. Beri sedikit hadiah dan Tazkirah buat mereka dalam sel. Setiap orang diuji Allah. Kita sedang melalui takdir yang Allah tentukan.
“Cari juga orang Malaysia di Penjara di Indonesia. Gembira mereka ada orang ziarah. Ramai juga yang menangis dan terusik hati mereka,” katanya dalam hantaran berkenaan.
Dalam masa sama, Ebit turut mendoakan urusan mereka dipermudahkan Allah SWT.
“Ramai yang bangun minta izin untuk salam dan peluk. Syukur dapat memberi semangat dan berkongsi nasihat dengan mereka. Baik-baik dan sangat beradab. Semoga Allah bantu dan mudahkan buat mereka mereka,” katanya.
Sejak dua minggu lalu, Ebit dilaporkan berada di Indonesia bagi meneruskan misi kemanusian dan dakwah termasuk mendekati golongan miskin, gelandangan, anak ‘punk’, pekerja kelab malam dan penghuni penjara di negara berkenaan. – Malaysiapost

