Ada kemungkinan Agong tidak perkenan bubar Parlimen – Kit Siang

0
3
https://www.roketkini.com/2021/10/13/covid-19-mengapa-prestasi-malaysia-lebih-buruk-berbanding-indonesia/

TERDAPAT kemungkinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak memberi perkenan untuk permintaan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Veteran DAP Lim Kit Siang berkata, kemungkinan itu mengambil kira kesan terhadap kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat musim tengkujuh dan bencana banjir jika pilihan raya diadakan.

“Kemungkinan ini perlu dipertimbangkan sekarang memandangkan yang Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah mengatakan yang para pemimpin Umno bersedia untuk meredah air banjir sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim tengkujuh dan semasa negara berhadapan dengan bencana banjir.

“Artikel 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa budi bicara kepada Yang di Pertuan Agong untuk “tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen” dan cubaan mengadakan PRU-15 ketika mana negara berhadapan dengan musim tengkujuh dan bencana banjir.

“Tidak mengambil peduli terhadap kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa yang mungkin berlaku, adalah sebab yang kuat untuk baginda menolak permintaan pembubaran Parlimen ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, seperti yang disuarakannya semalam, pada tahun lalu negara menanggung kerosakan bernilai hampir RM6.5 bilion akibat bencana banjir di Lembah Klang dan beberapa negeri di seluruh negara, dengan 54 korban nyawa.

“Angka ini bukanlah dibuat-buat, sebaliknya merupakan angka rasmi yang dipetik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

“Adakah Presiden Umno berkeras juga mahu mengadakan PRU-15 semasa musim tengkujuh dan bencana banjir, tanpa mengambil peduli terhadap kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa yang dihadapi rakyat?” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here