Mat Kilau jadi Mat Sakau, Adi Putra tegur ‘politik biarlah matang’

0
3

MASUK hari keempat filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan menerusi platform Netflix, pelbagai kritikan mahupun pujian diterima karya epik arahan Syamsul Yusof itu.

Tidak tercuit dengan kritikan yang tular di laman Twitter, Syamsul menganggap pendapat daripada penonton adalah lumrah dalam pembikinan filem.

Bagaimanapun, tindakan segelintir pihak membuat suntingan poster filem tersebut dianggap melampau sehingga pelakon utama filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra tampil memberi teguran.

Ia selepas muncul suntingan gambar dirinya di samping bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan tajuk baharu ‘Mat Sakau’.

Menerusi hantaran di Instagram, Adi Putra secara sinis ‘berterima kasih’ kepada individu yang membuat suntingan kerana mempromosikan dirinya dan filem Mat Kilau.

“Politik biarlah matang. Apa pun, terima kasih promosi gambar saya dan filem Asal. Allah adalah kekuatan kita, untuk mencari kekuatan, carilah Allah. Itulah perbezaan antara akal dan nafsu,” tulisnya.

Difahamkan suntingan tersebut dimuat naik akaun @kuasasiswa, turut mendapat perhatian di warga maya dan rakan-rakan artis.

Sejak dua bulan tayangan, filem Mat Kilau berjaya meraih kutipan RM97 juta menjadikan ia filem tempatan dengan keuntungan yang tertinggi sepanjang zaman setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here