Kemeriahan sambutan Hari Malaysia manifestasi kebangkitan Malaysia – PM

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bangga dengan penganjuran Hari Malaysia yang disambut di Melaka kali ini dan dijayakan dengan penuh gilang-gemilang malam tadi.

Beliau berkata, bukan sahaja sambutannya amat meriah tetapi ia juga manifestasi kebangkitan Malaysia setelah bergelut dengan pelbagai cabaran dalam tahun-tahun sebelumnya.

“Alhamdulillah, malam yang sungguh bermakna sempena Hari Malaysia 2022 di Melaka.

“Kali ini, sambutan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka yang penuh bersejarah dengan mengimbau semula detik-detik laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.

“Saya bangga dengan penganjuran Hari Malaysia yang penuh gilang-gemilang ini. Terima kasih Keluarga Malaysia ku,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu dilaporkan jumlah pengunjung yang memeriahkan sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, malam tadi, dianggarkan mencecah 50,000 orang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here