A Kadir, Tun M perlu rawatan psikiatrik kerana terus meratib Najib – Mohd Puad

0
2
Foto Kredit: Minda Rakyat

PEMENJARAAN bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak umpama dendam berbayar kepada wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Menurutnya, A Kadir juga sama seperti Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kedua-duanya puas dan gembira apabila Najib dipenjarakan.

“Ia umpama dendam berbayar. Mereka malu kerana Pakatan Harapan (PH) berkuasa 22 bulan sahaja

“Memang dendam pun. Puluhan tuduhan terhadap Najib, Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan beberapa pemimpin Umno lain hanyalah pendakwaan politik. Tun M pun dapat duit dari UKSB (Ultra Kirana Sdn Bhd),” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan A Kadir baru-baru ini yang mengatakan jel adalah tempat untuk tebus dosa bukan berselesa susulan tuntutan keluarga Najib yang mahukan rawatan sewajarnya terhadap Ahli Parlimen Pekan itu atas dasar kemanusiaan.

Mohd Puad, membandingkan apa yang dialami bekas Presiden Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela yang dipenjarakan selama 27 tahun.

“Apakah untuk menebus dosa? Bagaimana pula mereka yang berkomplot memenjarakan orang lain? Apakah mereka tidak perlu tebus dosa?

“Kadir Jasin dan Tun M lupa satu perkara. Mereka berdua bebas dari segi fizikal. Tetapi jiwa dan minda mereka tidak bebas. Mereka yang terpenjara dengan hidup memfitnah,” katanya.

Menurutnya, wartawan veteran itu juga sanggup menfitnah mengenai rawatan Najib serta menyindirnya dengan mengatakan kalau tidak sakit bolehlah buat rawatan sakit psikiatrik.

“Silap haribulan mereka berdua (A Kadir dan Tun M) perlu rawatan psikiatrik kerana terus meratib Najib,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here