Ramai minta Pemuda Umno tuntut pengeluaran KWSP bersasar – Asyraf Wajdi

0
2

KETUA Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan beliau banyak menerima gesaan agar pihaknya menyuarakan tuntutan pengeluaran khas daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Menurutnya, gesaan itu diterima melalui mesej secara peribadi ataupun komen-komen di status peribadinya.

“Ramai yang mesej peribadi mahupun komen di status peribadi saya memohon Pemuda Umno bersuara sebagaimana sebelumnya dalam isu KWSP bersasar.

“Boleh saya tahu benarkah ramai yang menuntutnya dan benar-benar memerlukannya?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pertanyaannya itu mendapat reaksi ramai yang rata-ratanya berpendapat pengeluaran itu adalah wajar bagi mereka yang benar-benar memerlukan dalam berdepan keadaan ekonomi ketika ini.

“Jelas lagi nyata itulah yang diperlukan sekarang. Sebelum ini pemuda Umno yang banyak menyokong kami rakyat marhaen dibawah ini. Terima kasih daun keladi kali ini kami minta tolong lagi,” kata Najib Jabar.

Pengguna Facebook, K Yong M Zain pula berkata keadaan ketika ini memang ada rakyat yang sangat memerlukannya.

“Bagi yang benar-benar memerlukan.. memang agak tertekan dengan menunggu duit sendiri dari KWSP. Kenapa masih buat orang yg memerlukan menunggu dengan menanggung hutang yang makin meninggi.

“Dengan keadaan sekarang…pihak atasan tidak akan merasa seperti kami lalui.. cuba orang atasan ini mengalami sendiri apa yang kami rasa.

“Seorang yang dalam keadaan begitu tertekan..hanya kerana menanggung kos yang agak meruncing…sehinggakan ada yang menjerumuskan diri ke arah mencari rezeki yang terlarang..Hanya kerana desakan hidup..tolonglah percepatkan,” luahnya.

Sementara itu, Aleyaalisha Danish memaklumkan dia memang sangat memerlukan pengeluaran KWSP untuk kali ini kerana kos sara hidup yang membebankan ketika ini..

“Tak tau cara macam mana lagi kami nak hidup untuk hari-hari yang mendatang..smoga KWSP bersasar ini menjadi kenyataan..insya-Allah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here