Gerak kerja PKR berjaya ‘goyang’ keyakinan Umno, PAS, Bersatu – Rafizi

0
2

TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui gerak kerja kempen siri jelajah yang dilaksanakannya semakin membuahkan hasil dan berjaya membina momentum yang menggoyangkan keyakinan Kerajaan PAS, Umno dan Bersatu (PUB).

Beliau berkata, momentum kempen #AyuhMalaysia akan diteruskan dan setakat ini ada tanda-tanda peralihan sokongan dari pengundi atas pagar di seluruh Malaysia.

“Masih banyak yang perlu dibuktikan untuk meyakinkan pengundi, jadi kita perlu terus berlari.

“Sedikit demi sedikit, kita telah berjaya membina momentum yang menggoyang keyakinan Kerajaan PUB (Pas, Umno dan Bersatu).

“Saya mengajak seberapa ramai rakyat yang membenci pembodohan dan penyelewengan berjumpa saya dan Nurul Izzah di sepanjang jelajah trak #AyuhMalaysia untuk mendengar sendiri pandangan kami mengenai masa depan rakyat dan negara,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau memohon maaf kerana berdepan masalah untuk mengakses Facebook sejak lebih seminggu lalu.

“Masalah itu sedang diselesaikan, InsyaAllah saya dapat naikkan kandungan baru bermula hari ini,” katanya.

Menurut Rafizi, kempen lapangan PKR akan bermula besar-besaran bermula minggu depan dengan sasaran bertemu 20,000 pengundi atas pagar setiap negari di seluruh negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here