BN sedia tawan kembali Pulau Pinang – Ismail Sabri

0
2

BARISAN Nasional (BN) Pulau Pinang bersedia menawan semula hati rakyat di negeri terbabit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno, berkata semangat itu diperlihatkan semasa pertemuannya dengan anggota BN Pulau Pinang kelmarin, bagi merapatkan lagi silaturahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam tadi membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Menurutnya, BN perlu mempertingkatkan gerak kerja bagi memahami masalah dihadapi rakyat terutama golongan remaja yang turut akan mengundi kelak.

“Golongan muda seawal usia 18 tahun yang akan mengundi kelak akan sentiasa menjadi keutamaan BN dan gerak kerja perlu dipertingkat untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi golongan ini.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersatu padu dan saling membantu di antara parti komponen kerana nawaitu kita untuk memenangkan calon BN pada PRU yang bakal tiba,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here