Polis siasat video buli viral

0
3

POLIS telah menerima laporan kejadian buli di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil, membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata pihaknya menerima laporan dibuat mangsa di Balai Polis Bukit Jalil, semalam.

“Kejadian dipercayai Isnin lalu akibat salah faham dengan suspek berusia 15 dan 14 tahun.

“Mangsa dipukul menggunakan tangan dan kaki oleh kedua-dua suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, aksi tersebut dirakam oleh seorang individu sebelum tular di media sosial sejak semalam.

“Seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan meleraikan pergaduhan itu, namun setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan berhubung kejadian itu dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost