Hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dibentangkan di Parlimen akhir bulan ini – Wan Junaidi

0
3

CADANGAN balas mengenai hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata cadangan balas itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kali kedua yang dipengerusikannya hari ini.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

“Mesyuarat ini turut disertai wakil Jabatan Peguam Negara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM)) dan wakil-wakil daripada agensi.

“Agenda mesyuarat adalah untuk menetapkan dasar moratorium pelaksanaan hukuman mati yang akan memberi implikasi kepada 1,337 banduan pelbagai peringkat status rayuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, syor-syor yang diterima akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dan seterusnya dibentangkan di sidang Parlimen yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

“Saya kekal komited untuk memperjuangkan undang-undang yang lebih adil dan penuh belas kasihan dalam isu sebatan serta pelaksanaan hukuman mati,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here