Pendaftar Mahkamah kena keluarkan keputusan penuh prosiding rayuan Najib – Shahrir Samad

0
2
shahrir samad

VETERAN Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad bersetuju dengan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menggesa supaya ahli politik dan masyarakat membaca serta memahami alasan penghakiman sesuatu kes mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan dan kesimpulan.

Menurutnya, ia kerana sehingga kini masih ada pertikaian dan perbahasan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 Ogos lalu.

Beliau berpendapat, pemahaman masyarakat mengenai kes berkenaan tidak dibantu dengan hanya berpandukan maklumat tidak lengkap termasuk draf keputusan penghakiman yang bocor dalam alam maya.

“Ramai sudah membaca draf keputusan itu apabila ia telah bocor dalam alam maya. Nampaknya Pendaftar Mahkamah kena keluarkan keputusan sahih dan penuh untuk tatapan umum.

“Baik juga kalau seluruh ‘proceedings’, iaitu segala percakapan Ketua Hakim Negara dan peguam-peguam termasuk juga kenyataan akhir DS Najib dikeluarkan sepenuhnya secara ‘ad verbatim’ (setiap perkataan). Mahkamah kan ada rakaman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, dengan cara itu mereka yang tidak faham mengapa permohonan Najib tentang kewibawaan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Ketua Hakim telah ditolak boleh membacanya dan faham kebijaksanaan dibelakang keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan.

“Betul tu. Kena baca dan faham. Jangan berpandu kepada maklumat sekerat atau separuh,” katanya.

Tengku Maimun pada Sabtu lalu, menggesa ahli politik dan masyarakat membaca serta memahami alasan penghakiman sesuatu kes mahkamah terlebih dahulu sebelum mahu membuat sebarang kenyataan dan kesimpulan.

Menurutnya, kebanyakan komen yang menyerang sistem kehakiman, terutamanya selepas keputusan mahkamah membabitkan Najib adalah berdasarkan sentimen semata-mata.

Tegasnya, komen dan serangan yang dibuat menunjukkan mereka tidak membaca alasan penghakiman serta tidak memahami undang-undang, sekali gus membawa kepada kenyataan dan ulasan yang tidak relevan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here