DDNK kahwin kali kedua, bekas isteri dakwa kena block di FB 

0
3

PAKAR Pelaburan Saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) yang terkenal dengan iklan ‘tak handsome tak apa janji kaya’ selamat menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hati, Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, Jumaat lalu. 

Ia perkahwinan kedua buat Mohd Nazri selepas mula berkenalan dengan isteri sekitar September tahun lalu. 

Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai selepas 20 tahun hidup bersama. 

Bekas isterinya yang dikenali sebagai Watie menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah atas perkahwinan kedua Mohd Nazri. 

Katan Watie, ucapan tersebut terpaksa dibuat menerusi Facebook miliknya sendiri kerana sudah tidak dapat berhubung dengan bekas suaminya kerana disekat dari media sosial. 

“Selamat pengantin baru buat bekas suamiku. 

“Saya letak kat FB saya lah sebab nak wish kat FB ‘ex’ dah kena block. Tak pe lah. Hidup kita ni jangan banyak berpusing-pusing takut nanti terjerat diri sendiri. 

“Jadi lah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simpan tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye semuanya,” tulisnya. 

Mohd Nazri bernikah dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris, 25, yang juga pelajarnya dan diraikan pada majlis gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here