Ebit Lew adakan ceramah depan 6,000 pelajar sekolah sains Islam di Yala

0
2

PENCERAMAH bebas, Ebit Lew bakal mengadakan ceramah agama di hadapan 6,000 pelajar sekolah sains Islam terbesar di Yala, Thailand tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di Facebook, Ebit memohon orang ramai mendoakan ceramah di Thamavitya Mulniti School, Yala Thailand pada 17 Septermber ini berjalan lancar.

Katanya, sekolah tersebut sudah berusia 75 tahun dan diwarisi daripada keluarga seorang agamawan di kawasan itu.

“Doakan ceramah di Thamavitya Mulniti School Yala Thailand. Sekolah Hj Haroon. Sekolah Sains Islam terbesar di Thailand. 6,000 pelajar.

“(Selama) 75 tahun dah (usia) sekolah. Ustaz Adnan diwarisi dari keluarga. Baik-baik guru dan anak di sini. Malam ini di Universiti Prince of Songkla Patani.

“Jemput hadir seminar keluarga sunnah. 17 September 202,” katanya.

Rata-rata warga maya kagum dengan usaha Ebit menyebarkan dakwah dan berharap sekolah seperti itu turut diwujudkan di negara ini.

“Dekat Malaysia pun tak ada sekolah sains Islam yang boleh menampung pelajar seramai ini. Alhamdulillah dengan adanya ustaz menjadi asbab kita tahu perkembangan umat islam di merata negara,” kata Karim Ahmad.

Di ruangan komen juga ada seorang pengguna memberitahu dia adalah salah seorang alumni sekolah tersebut.

“Saya seorang alumni sekolah Thamavitya Mulniti tapi sekarang ada di Malaysia. Terima kasih ustaz kerana datang ke sekolah,” kata Fah Fah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here