Helikopter dikhuatiri hilang di Bidor

0
2
MCA deputy president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

SEBUAH helikopter swasta dikhuatiri hilang di kawasan hutan di sekitar kawasan Bidor, Perak, tengah hari tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata helikopter jenis Eurocopter itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) kira-kira jam 12.16 tengah hari.

Menurutnya, helikopter tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada jam 11.37 pagi dan dijadualkan sampai di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, jam 12.37 tengah hari.

Katanya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bidor telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita akan lakukan apa juga usaha dalam mendapatkan helikopter yang dikatakan telah hilang hubungan dengan KLATCC,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Stesen Keretapi Ipoh hari ini.

Tambah Ka Siong, berdasarkan maklumat awal, terdapat seorang juruterbang di dalam helikopter berkenaan.

“Bagaimanapun, pihak CAAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian tersebut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here