PENDANDAN rambut terkenal, Chez Hamdan berkolaborasi bersama usahawan dan selebriti Erna Elliyana Rosli menerusi perkongsian pintar atau ‘smart partnership’ dengan pembukaan salun ChezKamya Professional, di Sentul pada 20 Ogos lalu.
Chez, 36, atau nama penuhnya, Halimi Hamdan berkata, beliau tidak menyangka pertemuannya dengan usahawan KamyaGlow dapat meneruskan kecintaannya dalam bidang ini semula selepas terpaksa menutup salun miliknya sebelum ini akibat pandemik Covid-19.
“Saya bersyukur pertemuan dengan Erna membuahkan semangat baharu untuk saya kembali membuka salun kecantikan. Ini bukan projek jangka pendek, tapi kerjasama selama-lamanya. InsyaAllah.
“Baik saya dan Erna juga akan menjual produk kami masing-masing. Bahkan disediakan pusat pembelajaran kepada yang berminat untuk belajar membuat rawatan kecantikan rambut.
“Di salun ini, kami menawarkan perkhidmatan yang profesional dengan hasil yang cantik dan kacak. Kami juga menawarkan tempat yang eksklusif supaya pelanggan akan berasa gembira apabila berkunjung ke salun kami,” katanya dalam kenyataan.
Kongsi Chez yang mempunyai pengalamannya lebih 10 tahun di dalam industri kecantikan rambut itu, dengan keluasan 3,600 kaki persegi, salun itu menyediakan ruang pelanggan yang dilengkapi 15 tempat duduk dengan 11 di tempat awam atau terbuka.
“Selain dua di bahagian VIP. Manakala baki dua lagi di ruangan muslimah untuk wanita bertudung.
“Ruang VIP dikhususkan kepada pelanggan yang mahukan privasi, keselesaan dan juga layanan eksklusif kerana pelanggan turut dihidangkan secangkir kopi serta makanan ringan.
“Turut disediakan ialah ruang menunggu yang selesa dan bilik solat,” katanya.
Bercerita berkenaan kolaborasi terjalin, Chez berkata, ia merupakan kerjasama yang bijak terutama dalam meningkatkan ekonomi kedua-dua belah pihak.
“Gandingan antara Kamya dan Chez Professional ini mula terjalin apabila saya mula berkenalan dengan pengasas Kamya Glow iaitu Erna sendiri.
“Dari situlah timbulnya idea untuk bekerjasama, memandangkan kecantikan dan kesihatan rambut sebenarnya saling berkait rapat.
“ChezKamya Professional adalah satu jenama salun rambut yang melengkapi iaitu kecantikan dan rambut adalah dari Chez Professional, manakala kesihatan dan kecantikan adalah falsafah milik Kamya ,” katanya.
Menurut Erna, 34, salun ini turut memperkenalkan 15 rangkaian produk penjagaan rambut.
“Sesuai dengan pembukaan salun ini, kami di Kamya turut memperkenalkan produk terbaharu iaitu Sugeheir yang merupakan vitamin dalam bentuk kunyah. Produk ini dilengkapi dengan nutrisi untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat.
“Produk lain yang boleh didapati di salun ini ialah Kamya Glow, Lipmatte + Lipgloss (KamyaXBobocinta), Lipbalm Woman, Lipbalm Men, Cleaskyn dan Whiteze.
“Ia sekali gus selari dengan cogan kata jenama produk saya iaitu #’Cantik itu siapa? Cantik itu kamu,” kata Erna yang sebelum ini pernah menyertai pertandingan nyanyian seperti Sinaran Pasport Kegemilangan 2000, Malaysian Idol 2004, One In A Million 2006 dan berlakon dalam beberapa drama serta filem tempatan.
Tambah Erna lagi, salun itu juga menawarkan pelbagai perkhidmatan selain perkhidmatan potong rambut seperti tatarias rambut, ‘relaxing and rebonding’, rawatan Keratin Brazilian, merawat dan memperbaiki struktur rambut dan spa rambut.
“Pelanggan digalakkan untuk terlebih dahulu membuat janji temu dengan pihak ChezKamya Professional dengan menghubungi 03-48104833 bagi mendapatkan sebarang perkhidmatan di sini. Atau maklumat lanjut di Instagram @Chezkamya.professional.
“Harga yang ditawarkan di ialah antara RM350 hingga RM700. Waktu operasi setiap hari dari jam 11 pagi ke 9 malam,” katanya. – Malaysiapost

