Trafik bertambah mulai hari ini, pengguna disaran rancang perjalanan – Plus

0
2

ORANG ramai yang berhasrat untuk pulang ke ibu kota disarankan merancang perjalanan masing-masing berikutan cuti sekolah bakal berakhir esok.

Plus Malaysia Berhad (Plus) menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan jumlah trafik dijangka akan bertambah tinggi berbanding hari biasa bermula hari ini.

“Minggu cuti sekolah akan berakhir pada hujung minggu ini dan jumlah trafik dijangka tinggi,” menurut hantaran itu hari ini.

Sementara itu, pengguna lebuh raya turut diminta supaya merancang perjalanan, muat turun aplikasi PLUS bagi memudahkan perjalanan.

Dalam masa sama, orang ramai juga diminta bersedia untuk mengalami tempoh perjalanan yang lebih panjang.

“Gunakan aplikasi WAZE dan Google Map ketika dalam perjalanan,” katanya.- Malaysiapost

Kredit foto : FB Plus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here