DBKL ajak orang ramai meriahkan pameran AMBOI! Lakar Seni

0
2

ORANG ramai yang meminati seni berpeluang berkunjung ke Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) sempena Pameran AMBOI! Lakar Seni Malaysia yang bermula 9 sehingga 18 September.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pelbagai aktiviti disediakan penganjur antaranya demonstrasi lukisan, bual bicara mengenai seni, jualan lukisan, sesi busking, dan aktiviti lain berkaitan seni.

“Selain itu, orang ramai yang hadir boleh duduk-duduk dekat ROL sambil melukis pemandangan sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah hari ini sempat meluangkan masa duduk sambil mewarna lukisan di tepi ROL.

“Jadi apa lagi tunggu.. Jom datang beramai-ramai datang ke Amboi! Lakar Seni Malaysia bertempat di ROL mulai 9 September 2022 sehingga 18 September 2022 dan rasai keindahan seni lukis yang terdiri lebih daripada 60 orang penggerak seni lukis daripada tanah air dan antarabangsa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here