Utamakan anak tempatan, berbanding ‘import’ pemain asing – Guan Eng

0
3

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng menyarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengutamakan pemain tempatan untuk mewakili skuad Harimau Malaya berbanding mengambil pemain naturalisasi.

Pandangan itu diutarakan Ahli Parlimen Bagan tersebut ketika hadir majlis perasmian Jalan M Kuppan di Bagan, Pulau Pinang semalam.

“Utamakan pemain anak watan Malaysia lebih daripada mengimpot orang asing untuk diambil sebagai pemain Harimau Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mengenai nama Jalan M Kuppan, Guan Eng berkata jika sesiapa tidak mengenali bekas pemain kebangsaan dan Pulau Pinang itu, mereka bukanlah peminat bola sepak tempatan yang sebenar.

Menurutnya, jalan itu dinamakan sempena Datuk M Kuppan yang kampungnya terletak di Bagan Ajam.

“Waris Dato M Kuppan dengan bangganya menyertai perasmian jalan ini terutama K Siva Prakesh dan keluarga yang merupakan anak dan ahli keluarga kepada mendiang.

“Penamaan jalan sempena bekas pemain bola sepak seperti ini adalah satu bentuk penghargaan kepada tokoh sukan yang telah menyumbang usaha, semangat dan jiwa mereka kepada bidang sukan di Malaysia,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here