Khairul Aming mohon maaf atas sikap ‘kekwat’ pengurus

0
2

KISAH kejayaan pempengaruh Khairul Aming sebagai usahawan muda berjaya sedikit tercalar apabila tular sikap pembantu peribadinya didakwa ‘kekwat’ apabila berurusan.

Rungutan itu bermula apabila seorang pengguna Twitter, Naz mengadu terpaksa berurusan dengan pembantu peribadi pemuda itu yang dikatakan tidak mesra ketika berurusan dengan orang awam berhubung khidmat pengiklanan atau kolaborasi dengan Khairul Aming.

Susulan itu, pempengaruh yang terkenal dengan menu masakan ringkas itu tampil membuat permohonan maaf mengenai kejadian melibatkan pembantu peribadinya yang menjadi perbualan.

Menerusi ciapan di Twitter, Khairul Aming berjanji akan memperbaiki pengurusannya pada masa akan datang serta berterima kasih atas sokongan daripada semua pihak yang selama ini menyokongnya.

Dalam masa sama, usahawan produk Sambal Nyet itu menjelaskan individu yang dikatakan ‘kekwat’ itu bukan pembantu peribadi, tetapi pengurusnya.

Sementara itu, Khairul Aming berkata telah memadam nombor pengurusnya di semua platform media sosial bagi sebarang urusan.

Tambahnya, segala urusan akan diambil alih oleh nya sendiri sehingga mendapat pengganti yang sesuai.

Untuk menjernihkan keadaan dia berkata akan berhenti buat seketika untuk hasilkan video daripada klien termasuk produk makanan, restoran, seminar dan lain-lain.

Khairul Aming berkata, dia mahu memberi fokus kepada penghasilan video memasak yang telah dilakukannya sejak tujuh tahun lepas.

Mengulas lanjut, dia mengakui kesilapannya kerana tidak melakukan pemeriksaan kualiti kerja pengurusnya yang juga rakannya sehingga ramai terpaksa berdepan dengan pengalaman kurang menyenangkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here