Usah sabotaj pelaksanaan perkhidmatan 5G

0
3

Kegagalan syarikat telekomunikasi Malaysia untuk memastikan perkhidmatan 5G tersedia kepada pengguna boleh disifatkan sebagai salah satu bentuk sabotaj kepada negara dan rakyat.

Oleh itu kerajaan perlu memastikan rancangan pembangunan 5G tidak terbantut bagi memastikan negara terus kompetitf berbanding negara jiran.

Singapura dan Thailand misalnya sudah pun melancarkan perkhidmatan 5G di negara masing-masing, jauh telah mendahului Malaysia.

Keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan 5G sangat penting bagi menyokong pelbagai segmen ekonomi, terutamanya dalam bidang automasi, yang merupakan salah satu teknologi masa hadapan.

Malah, ia menjadi keperluan dalam sektor pendidikan khususnya dalam pendidikan hari ini yang berteraskan teknologi maklumat.

Kegagalan syarikat telekomunikasi Malaysia untuk memastikan perkhidmatan 5G tersedia kepada pengguna menyebabkan negara hilang kelebihannya.

Tindakan melengahkan perkhidmatan 5G kepada rakyat dan perniagaan boleh disifatkan sebagai salah satu bentuk sabotaj kepada negara dan rakyat.

Sebelum ini syarikat telekomunikasi gagal menyediakan liputan 4G secara menyeluruh terutamanya semasa PKP sehingga membantut kemajuan rakyat dalam bidang perniagaan dan pendidikan.

Kerajaan perlu lebih bertegas dengan syarikat telekomunikasi bagi memastikan kegagalan syarikat telekomunikasi tidak boleh dibiarkan berulang. -Malaysiapost

Zainal Rahman
Mahasiswa

#suratpembaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here