MB Kelantan sambut ketibaan PM

0
3

MENTERI Besar, Datuk Ahmad Yakob sebentar tadi menyambut ketibaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Kelantan yang akan merasmikan satu program di negeri itu.

Perdana Menteri yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, turut disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ismail Sabri ke Kelantan bagi merasmikan Laman Warisan Kampung Laut di Tumpat pada jam 11 pagi ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Perdana Menteri turut dijadual melawat Laman Warisan Serunding Kampung Laut, bagi melihat sendiri proses pembuatan serunding yang sinonim dengan Kampung Laut sejak sekian lama.

Beliau seterusnya dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah di Kampung Laut sebelum mengakhiri lawatan singkat ke Kelantan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here