PEGUAM Datuk Seri Najib Razak memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan pensabitan dan hukuman bagi kes SRC International.
Permohonan itu difailkan Tan Sri Shafee Abdullah, hari ini, lapor FMT yang memetik sumber.
“Permohonan memohon semakan itu menyatakan bahawa telah berlaku salah laksana keadilan dan Najib dinafikan hak untuk membela diri di Mahkamah Persekutuan,” menurut sumber itu.
Pada 23 Ogos lalu, lima panel hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri itu. -Malaysiapost

