Kes Zahid: Hakim persoal hujah pendakwaan

0
2

Nahar Tajri

HAKIM Datuk Mohd Yazid Mustafa hari ini mempersoalkan hujah pendakwaan berhubung dua perkara yang menjadi isu pokok dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Isu pertama yang dibangkitkan adalah sama ada niat pihak yang mengeluarkan dana dapat dibuktikan kerana tiada saksi saksi dari Hong Kong yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Ini berikutan dakwaan bahawa sumber kewangan adalah dibawa masuk dari Hong Kong kerana dana yang dimiliki oleh Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) tidak mencukupi untuk membuat bayaran yang didakwa.

“Mahkamah minta penjelasan, kalau kita rujuk para tiga ucapan pembukaan ‘tertuduh menerima’ mahkamah akui semuanya ‘as to whether payment’- katakan lah mahkamah terima lejar, adakah tanpa memanggil saksi-saksi dari pihak Hong Kong, China ada ia dapat mengesahkan apa tujuan duit tersebut?.

“Saya minta pihak pendakwaan kemukakan hujahan kepada mahkamah berhubung isu ini,”katanya ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Soal kedua katanya, adalah merujuk kepada lejar UKSB yang mempunyai tujuh ruangan dan mencatatkan butir-butir bayaran tetapi tidak di tulis catatan kepada siapa bayaran dibuat.

“Isu kedua saya minta Datuk Wan hujahkan, lejar ini ada tujuh colum ‘N dan G is on the remarks’.

“Dalam kes ini adakah dengan keterangan yang ada ini, mahkamah ‘need to go to the ledger’.

“Contohnya, Adakah orang lain. Nama seorang saja tiba-tiba tujuh nama. Munasabah atau tidak? Bayaran akhir terus pada ‘monster’ jumlah besar, itu antara isu mahkamah perlu – ‘finding of facts’,” katanya.

Sementara itu Peguambela, Datuk Ahmad Zaidi Zainal berhujah bahawa saksi-saksi yang dikemukakan oleh pendakwaan telah membuat dakwaan secara persepsi dan ini diakui mereka ketika pemeriksaan balas.

Beliau berkata, saksi ke 16, Wan Quoris Shah Wan Abd Ghani memberitahu mahkamah bahawa dakwaan Zahid “meminta” dibuat berdasarkan pemahaman beliau sendiri.

“Saksi memberitahu mahkamah bahawa Zahid tidak bercakap secara terang-terangan tetapi melalui percakapannya Wan Quoris beritahu dia faham apa yang dikehendaki Zahid.

“Ini menunjukkan bahawa saksi membuat persepsi sendiri,” katanya.

Selain itu merujuk kepada pendakwaan terpilih, hakim turut mengakui bahawa mahkamah maklum dan memahami nama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamudin Hussein ada dinyatakan dalam borang aduan.

Bagaimanapun, mahkamah beranggapan siasatan atau dakwaan itu boleh dibuat selepas kes Ahmad Zahid selesai.

Bagaimanapun kenyataan itu dijawab dengan oleh Peguambela, Datuk Hisham Teh Poh Tieck bahawa berdasarkan pemeriksaan balas sebelum ini Mahendran selaku pegawai penyiasat telah memberitahu mahkamah siasatan itu dibuat oleh pegawai lain.

“Beliau berkata tumpuannya hanya kepada kes Ahmad Zahid dan kes membabitkan orang lain dibuat oleh pegawai yang lain.

“Ini menunjukkan bahawa siasatan sudah dijalankan ke atas Hishamudin,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here