Chong Wei nasihat jangan sampai kena sebat

0
2

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak ketinggalan mengingatkan rakyat Malaysia supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19.

Pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu dalam satu hantaran di Facebooknya meminta semua pengikutnya di laman sosial itu agar tidak berasa selesa kerana kes harian semakin meningkat.

“Kawan-kawan, kes semakin banyak. Ingat mesti pakai mask (pelitup muka) bila keluar. Ikot SOP. Scan MySejahtera. Jangan sampai kena sebat!,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, kes harian Covid-19 di negara ini meningkat mendadak dengan 691 kes dicatatkan semalam, iaitu tertinggi sejak wabak itu melanda negara.

Hari ini, sebanyak 489 kes dicatatkan iaitu kedua tertinggi pernah direkodkan di Malaysia.

Kebanyakan kes membabitkan Kluster Tembok di Kedah serta dari kawasan zon merah di Sabah. – Malaysiapost