Dapat sambutan hangat, Khairuddin dakwa promosi GTA amat mudah

0
2

KHAIRUDDIN Hassan mendakwa Gerakan Tanah Air (GTA) terus mendapat sambutan memberangsangkan daripada bangsa Melayu mahu pun bangsa-bangsa lain. 

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan itu berkata, agenda yang dibawa GTA selain diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemikat kenapa orang ramai mudah terpikat terhadap gabungan yang baharu dibentuk pada bulan lalu itu. 

Beliau berkata, meskipun agenda GTA lebih bercorak kepada nasional, namun naratif perjuangan tertumpu kepada agenda Melayu. 

“Untuk mempromosikan GTA kali ini amat mudah kerana ramai daripada orang melayu menunjukkan minat yang tinggi dan yakin dengan wadah perjuangan GTA. 

“Dalam ertikata lain, sambutan daripada masyarakat akar umbi serta pengundi atas pagar amat hangat. 

“Agenda perjuangan untuk memperkasakan semula kedudukan orang Melayu dan dalam masa sama menghormati hak bangsa asing disenangi oleh semua pihak. 

“Orang Melayu, Cina, India dan suku-suku kaum lain amat selesa dengan wadah perjuangan GTA, yang tidak bercorak ekstrim ataupun berbau perkauman,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

GTA yang dianggotai parti Pejuang, Putra, Berjasa dan Iman disamping sokongan pelbagai NGO Melayu di seluruh negara. 

Mengulas mengenai potensi GTA di Wilayah Persekutuan, Khairuddin berkata, 

beberapa siri perjumpaan dengan pemimpin masyarakat setemoat telah diadakan dan respon daripadanya sangat positif. 

“Suatu petanda potensi GTA yang amat menakjubkan. Secara jujur dan ikhlas situasi ini adalah di luar dugaan kami.

“Di Wilayah Persekutuan setelah melakukan beberapa siri perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin akar umbi bangsa Cina serta kaum lain, ramai yang menyatakan keyakinan terhadap keikhlasan serta kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengetuai GTA,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here