Bukan Rafizi yang harus disiasat – Anwar

0
2

PIHAK berkuasa harus menyoal menteri yang didakwa terlibat dalam isu kapal tempur pesisir (LCS).

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa sepatutnya tidak memberi tekanan dengan menyiasat Rafizi Ramli yang hanya berkongsi pandangan mengenai isu LCS.

“Saya ucap terima kasih kerana beri respon, kalau begitu ambil telefon bagi baliklah.

“Kedua isunya apa? Isunya ialah rasuah LCS, SPRM mesti ambil tindakan, dan menyentuh tentang menteri Latiff, patut tanya Latiff lah apa penjelasan, ada menyalah guna kuasa atau tidak, bukan untuk menekan orang yang mengemuka pandangan,” katanya ketika ditemui media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang pihak polis menyimpan telefon bimbit Timbalan Presiden PKR itu sebagai sebahagian proses siasatan.

Terdahulu, Acryl memaklumkan tindakan PDRM menyimpan telefon Rafizi adalah sebahagian proses siasatan atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi membolehkan analisis forensik digital dijalankan.

“Peranti berkenaan akan dipulangkan kelak setelah proses analisis dan siasatan selesai,” kata Acryl dalam kenyataan malam tadi.

Pada 3 September lalu, polis memanggil Rafizi untuk merakamkan kenyataannya selepas laporan polis dibuat mengenai kenyataan yang tular di media sosial yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tigas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here