PDRM digesa tidak ganggu Rafizi

0
2
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk segera menghentikan segala bentuk tekanan dan gangguan terhadap timbalannya, Rafizi Ramli.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut merampas telefon bimbit milik Rafizi untuk tujuan siasatan terkait projek kapal tempur pesisir (LCS) juga agak keterlaluan.

“Langkah ini ternyata suatu intimidasi terhadap beliau dalam menentang gejala rasuah di negara ini seperti yang pernah berlaku kepada anak-anak muda dan mahasiswa dalam Himpunan Turun.

“Pihak polis juga harus berlaku adil dalam hal ini termasuk menyiasat Datuk Dr Abd Latiff Ahmad kerana laporan polis terhadap beliau turut dibuat tempoh hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar mengingatkan bahawa amalan dua darjat seperti yang berlaku terhadap Rafizi tidak harus diamalkan sebaliknya PDRM perlu benar-benar telus menjalankan siasatan tanpa sebarang tekanan dikenakan.

Semalam, polis dilaporkan merampas telefon bimbit Rafizi ketika beliau memberi keterangan berhubung dakwaannya berkaitan projek LCS.

Rafizi diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 3 petang semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here