Debat Berani Semuka Mukhriz-Asyraf Wajdi dibatalkan

0
2

DEBAT Berani Semuka bertajuk ‘Gabung Parti: Siapa dapat Untung?’ antara Umno dan Pejuang yang sepatutnya diadakan Isnin ini dibatalkan selepas Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir didakwa menarik diri.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

“Debat Berani Semuka ini tak jadi kerana saya dimaklumkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tarik diri,” katanya.

Terdahulu, Debat Berani Semuka anjuran Sinar Harian itu akan diadakan jam 8.30 malam Isnin ini.

Diskusi dan hujah lanjut dalam perdebatan itu berkenaan isu yang menyentuh mengenai parti gabungan akan membawa keuntungan atau sebaliknya.

Program itu akan bersiaran langsung di semua platform media sosial Sinar Harian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here